Thursday, December 16, 2010

Apakah Persediaan Anda?

Assalamualaikum Wrt. Wbr.

Saya ingin berkongsi dengan adik-adik Tingkatan 5 yang menduduki SPM.
Dalam kesibukan belajar (Akademik) sahaja, adik-adik perlu sedar bahawa untuk melangkah ke mana-mana IPTA/IPTS, adik-adik perlulah mempunyai markah CGPA Kokurikulum yang tinggi kerana saingan yang hebat daripada seluruh negara.

Markah CGPA Kokurikulum dikira berasaskan penglibatan adik-adik dalam :
  • Pasukan badan beruniform
  • Kelab / persatuan
  • Sukan / permainan
  • Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Di samping itu, adik-adik diingatkan agar memohon Matrikulasi dan UPU :
  • Matrikulasi (Bulan September - Oktober)
  • UPU (Bulan November)

No comments:

Post a Comment